Masterclass Embroidery ialah platform pembelajaran yang memfokuskan kepada kemahiran Sulam Goyang Kerawang secara praktikal dan berstruktur. Kami menyediakan beberapa pendekatan pembelajaran yang bersesuaian dengan minat, tahap kemahiran dan matlamat anda.

"Master the Skill"
Bimbingan lebih dekat bersama Coach.

"Learn the Skill"
Belajar mengikut modul dan minat anda.
Kami percaya kemahiran lebih mudah dikuasai apabila teori dan praktikal bergerak bersama. Sebab itulah pembelajaran di sini direka agar pelajar bukan hanya melihat atau membaca teknik, tetapi memahami bagaimana pergerakan mesin, fabrik, jarum, benang dan motif berfungsi bersama.
Fokus kepada kemahiran sebenar menggunakan mesin sulam manual 20U.
Teknik dipecahkan kepada modul supaya kemahiran dapat dipelajari secara teratur.
Pilih modul yang ingin dipelajari tanpa perlu mengikuti satu laluan yang rigid.
Panduan lebih dekat untuk anda yang memerlukan sokongan.
Pembelajaran boleh berkembang kepada pelbagai motif dan teknik yang lebih kompleks.
Kami memberikan fokus kepada kemahiran yang berkaitan dengan penggunaan mesin sulam manual 20U, dari asas pergerakan mesin sehingga kepada pelbagai motif sulam dan teknik lanjutan untuk busana sebenar.
Cikgu Syida merupakan Coach dan Trainer yang berpengalaman yang membimbing peserta dalam pembelajaran Sulam Kerawang. Beliau juga merupakan TTT & HRDF Certified Trainer. Pendekatan beliau dalam setiap sesi lebih memberi penekanan kepada pembelajaran yang praktikal, bimbingan dan pemahaman jelas terhadap teknik menyulam goyang kerawang menggunakan mesin sulam.





"Kemahiran bukan sekadar tentang mengetahui teknik. Ia tentang memahami pergerakan, berlatih dan membina keyakinan diri untuk menghasilkan karya sendiri."
Cikgu Syida
Tempat adalah terhad bagi memastikan bimbingan yang berkualiti. Daftar sekarang dan mulakan perjalanan Masterclass Embroidery anda.